KUANTAN, 1 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini hari ini.
Seusai Solat Subuh, Kebawah Duli Paduka Baginda turut berkenan mengikuti Majlis Tadarus Al-Quran yang dipimpin oleh Shafiq bin Mohamed. -KESULTANAN PAHANG







