KUANTAN, 5 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mohktar di Istana Abdulaziz di sini hari ini.
Hadir sama ialah Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail.
Paduka Baginda meluangkan masa hampir satu jam berbincang dan bertukar-tukar pandangan dengan Tan Sri Mohd Dusuki dan diikuti santapan tengahari bersama.- KESULTANAN PAHANG







