KUANTAN, 8 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dr Mubarak Saeed Aldhaheri di Istana AbdulAziz di sini hari ini.
Hubungan baik yang terjalin antara Pahang dan UAE menambah makna pertemuan ini dan perbincangan yang berlangsung adalah berkenaan perkembangan, kemajuan dan kerjasama semasa dan akan datang kedua-dua pihak. -KESULTANAN PAHANG