KDPB Sultan Pahang tidak melepaskan peluang untuk meninjau aktiviti pertanian, perniagaan dan pelancongan sekitar Cameron Highlands sebaik sahaja selepas acara rasmi pada lawatan kali ini.
Dengan memandu sendiri, Paduka Baginda berpeluang menyaksikan kawasan lalu-lintas, premis jualan, bangunan perniagaan dan kebun moden.
Selain menyantuni pengusaha dan pelancong, Paduka Baginda turut melihat kemudahan yang disediakan termasuk jambatan yang baharu siap di bina di Kampung Sedia di sini.
Terdahulu, Paduka Baginda berkenan melawat Sustainable Modern Agriculture Cameron Highlands (SMACH) Agropark Fasa 1 di sini (5 Januari 2026). – KESULTANAN PAHANG






