KUANTAN, 10 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah agar semua masjid dan surau di seluruh negeri Pahang melaksanakan solat hajat khas.
Solat ini bertujuan memohon kepada Allah SWT agar segala urusan berkaitan proses keadilan bagi Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dipermudahkan serta kebenaran dapat ditegakkan.
Paduka Baginda turut menyampaikan doa agar ibu bapa serta keluarga Allahyarhamah dikurniakan ketabahan, kekuatan, dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini.
Untuk rekod, semalam kubur Allahyarhamah Zara Qairina telah digali semula, dan jenazahnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I, Sabah untuk tujuan bedah siasat.
– KESULTANAN PAHANG







