KUANTAN, 2 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menunaikan zakat fitrah dan zakat harta di Istana Abdulaziz, hari ini.
Paduka Baginda menzahirkan komitmen berterusan dalam menyempurnakan Rukun Islam ketiga sebagai tanda tanggungjawab dan keprihatinan terhadap kesejahteraan umat Islam di negeri ini.
Bayaran zakat tersebut disempurnakan melalui Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat & Wakaf Pahang, Tuan Haji Mohd Azmi bin Haji Othman serta amil zakat fitrah, Ustaz Muhammad Solehin bin Abdul Aziz.
Tindakan Paduka. Baginda itu mencerminkan kepimpinan berteraskan nilai agama dan menjadi contoh teladan kepada rakyat dalam menunaikan kewajipan berzakat demi membantu golongan yang memerlukan. -KESULTANAN PAHANG







