KUALA LUMPUR, 25 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat ke Program World #QuranHour di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak di sini hari ini.

Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 11.30 pagi itu diiringi isteri Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail.

World #QuranHour tahun ini genap satu dekad dilaksanakan dalam usaha menyebarluaskan nilai-nilai al-Quran ke seluruh dunia.

Bertemakan #SavingTheUmmah, Surah Al-Saff dipilih sebagai surah utama yang menekankan kepentingan kesatuan ummah dalam memperjuangkan agama Allah SWT.

Paduka Baginda yang juga merupakan Ketua Perlembagaan UIAM turut berkenan beramah mesra dengan semua yang hadir dan merakamkan gambar kenangan bersama mereka.- KESULTANAN PAHANG

