KUANTAN, 13 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke majlis perkahwinan pacal didik YH Dato’ Hamdan bin Hussin dan YBhg Datin Aminah Binti Jahayah di Timorra Venue Tanjung Lumpur di sini hari ini.
Paduka Baginda berangkat tiba pada jam 12.30 tengahari bagi meraikan pasangn pengantin, Muhammad Shahir Bin Dato’ Hamdan dan Fatin Atiqah Binti Muhammad Adzuan.
YH Dato’ Hamdan bin Hussin merupakan Datuk Bandar Kuantan pertama yang sebelum itu menjawat jawatan sebagai Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Pahang dan kini dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Negeri Pahang sejak April 2025.
Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku turut berkenan menyantuni tetamu yang hadir dan merakam gambar kenangan bersama mereka – KESULTANAN PAHANG