KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2025; Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli ke Pertandingan Golf Wanita “The Ladies’ Golf Tournament 2025” di Kelab Golf The Mines (The Mines Resort & Golf Club), disini, semalam.
Kejohanan yang julung kali diadakan untuk golongan wanita ini akan berlangsung dari 13 hingga 15 Oktober 2025 dan menampilkan lebih 60 peserta dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000. Acara bermula dengan pusingan Pro-AM pada 12 Oktober 2025 yang akan disertai KDPB Tengku Ampuan Pahang.
Turut terlibat, Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah, Che Puan Besar Hajah Haminah binti Haji Hamidun; Yang Amat Mulia Tunku Puteri, Tunku Puan Sri Dato’ Seri Jawahir binti Almarhum Tuanku Ja’afar dan Ms. Ljiljana Vinković, Timbalan Duta Besar Croatia ke Malaysia. – KESULTANAN PAHANG