KUALA LUMPUR, 22 NOV 2025 ; Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke persembahan seni “The Spirit of Water” di Auditorium Bandaraya, Menara DBKL disini hari ini.
Kebawah Duli Paduka Baginda diiringi Duta Besar Turki ke Malaysia, H.E. Emir Salim Yüksel.
The Spirit of Water ialah persembahan secara langsung Seni Marbling Tradisional Turki dan diiringi music yang juga dikenali sebagai Ebru oleh dua artis seni terkenal Turki iaitu Ali Saran dan Garib Ay. – KESULTANAN PAHANG








