PEKAN 22 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Tahlil dan Istiadat Ziarah Makam Diraja sempena Istiadat Hari Hol Yang Ke-6 Kemangkatan Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar di sini hari ini.

Turut berangkat ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan isteri, YM Tengku Natasya Puteri Binti Tengku Adnan; YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan isteri,YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan Binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz.

Keberangkatan KDPM Tengku Mahkota Pahang pada pukul 11 pagi itu disambut oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail. – KESULTANAN PAHANG
