KUANTAN 25 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Berbuka Puasa anjuran Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) bersama Akademi Menara Gading (AMG) yang berlangsung di Hyatt Regency Kuantan Resort di sini malam ini.

Turut mengiring ialah Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan isteri, Yang Mulia Tengku Natasya Puteri Binti Tengku Adnan, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera Binti Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana Alia Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Terdahulu KDPM Tengku Mahkota Pahang dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha turut menunaikan Zakat Fitrah bagi tahun ini. – KESULTANAN PAHANG



