KUANTAN, 30 JULAI 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menunaikan solat fardu Subuh secara berjemaah di Masjid Tengku Ampuan Afzan pada hari ini.

Seusai solat, Tengku Hassanal turut berkenan menyantuni para jemaah lain yang turut menunaikan solat di masjid berkenaan. -KESULTANAN PAHANG
