KUANTAN, 21 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Karnival Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-92 yang berlangsung di Pangkalan Udara Kuantan.
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang disambut Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Haji Mohd Nizam bin Haji Jaafar; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM.

Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku pada pukul 10.00 pagi dimulakan dengan persembahan ‘Air Display’ selama 30 minit dan diteruskan dengan persembahan Kawad Senyap dari Tentera Laut Diraja Malaysia.
Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku juga berkenan melawat pameran aset ketenteraan seperti pesawat pejuang, kereta kebal dan lain-lain lagi di samping menyantuni para pengunjung sebelum berangkat pulang. -KESULTANAN PAHANG