KUANTAN, 2 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli ke Majlis Indahnya Syawal YASA dan Kuantan 188 : Menyulam Kasih, Menjalin Persaudaraan di Menara Kuantan 188, hari ini.
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku pada jam 11.35 pagi disambut oleh Pengurus Besar Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA), YBrs. Tuan Haji Mohd Fakhrul Islam bin Juhali.
Majlis berkenaan turut meraikan anak-anak Pahang yang mencatat kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Selasa lalu. Negeri Pahang telah mencapai Gred Purata Negeri (GPN) 4.08, sekaligus menduduki tempat kedua terbaik peringkat nasional SPM 2025.
Turut hadir mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad.. -KESULTANAN PAHANG






