MELAKA, 1 Januari 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Perkahwinan Pacal Didik YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh iaitu Cik Laili Nur Laila dan pasangannya, Encik Muhamad Faiz bin Juhari, hari ini
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku pada pukul 12.05 tengahari di Melaka International Trade Centre disambut sendiri oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh dan isteri, Datin Sri Utama Datuk Wira Zuriyah Binti Abd Aziz.
Turut hadir sama ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Ali bin Mohd Rustam serta isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Wira (Dr) Hajah Asmah Binti Abdul Rahman; Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus serta YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah binti Khamis. -KESULTANAN PAHANG








