SHAH ALAM, 20 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis perkahwinan pacal didik Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, YB Dato’ Amizar Bin Abu Adam.
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku dimulakan dengan sembah kenal para mempelai iaitu Nik Syahaizi Bin Nik Abdullah dengan pasangan Nur Aulia Binti Amiruddin.
Turut hadir ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Ali bin Mohd Rustam serta isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Wira (Dr) Hajah Asmah Binti Abdul Rahman. -KESULTANAN PAHANG