KUANTAN, 12 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan berangkat ke sesi Latihan Kursus Pasukan Khas Udara (PASKAU) bagi modul Aerial Sniping Training.
Latihan kursus yang disertai oleh KDPM Tengku Mahkota Pahang ini merupakan latihan menembak tepat dari platform udara seperti helikopter, yang mengambil kira pelbagai faktor seperti kemahiran mengira faktor kelajuan, ketinggian, arah angin dan pergerakan sasaran khususnya dalam operasi taktikal. -KESULTANAN PAHANG








