SHAH ALAM, 8 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke sesi menembak bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj di Istana Mestika di sini, hari ini.
Keberangkatan Tengku Mahkota Pahang ke Istana Mestika adalah di atas jemputan daripada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor. -KESULTANAN PAHANG







