PEKAN, 1 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Pasar Sera yang diadakan berhampiran Padang Polo di sini semalam.

Pasar Sera diadakan di situ sempena Kejohanan Royal Pahang Classic 2025 dan sudah pasti ia dipenuhi pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk hadir beramai-ramai menonton kejohanan tersebut.

KDPM Tengku Mahkota Pahang turut berkenan menyantuni orang ramai yang menyapa dan ingin merakam gambar kenangan bersama Baginda. -KESULTANAN PAHANG