KUANTAN, 17 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyambut keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ke negeri Pahang hari ini.
Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor ke negeri ini merupakan lawatan bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor selama tiga hari.
Turut berangkat mengiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku ialah YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang YB Tuan Fadzli bin Mohamad Kamal. -KESULTANAN PAHANG





