MARAN, 15 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat bersama jemaah setempat di Masjid Assyakirin di sini hari ini.
Turut hadir mengiring ialah YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan; Ahli Parlimen Maran, YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Mutallib Ahli Parlimen Maran; Sahibul Fadhilah Timbalan Mufti Negeri Pahang, YH Dato’ Badlishah Bin Alauddin dan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, YH Dato’ Haji Abdul Zaki Bin Md Zain. – KESULTANAN PAHANG








