KUANTAN 19 Februari 2026- Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat menziarahi waris kepada lima sekeluarga yang maut dalam kejadian menyayat hati di Taman Cherating Damai di sini kelmarin.
Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku berkenan menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada waris keluarga berkenaan.
Turut hadir mengiring ialah Pegawai Daerah Kuantan, YH Dato’ Sharudin Jali dan Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Ashari Abu Samah.- KESULTANAN PAHANG







