KUANTAN, 16 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menyambut keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Hajah Norashikin ke negeri Pahang hari ini.
Keberangkatan Duli-Duli Tuanku ke negeri Pahang merupakan lawatan rasmi selama tiga hari bermula esok.
Turut mengiring menyambut keberangkatan Duli-Duli Tuanku ialah YAB Menteri Besar Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Haji Wan Ismail; YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan Binti Dato’ Indera Haji Muhammed Moiz; YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YH FD Izham bin FD Iskandar, dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. -KESULTANAN PAHANG





