KUANTAN, 16 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima mengadap Presiden Belia Malaysia, Mohd Izzat Afifi bin Haji Abdul Hamid di Istana Abdulaziz di sini hari ini.
Dalam sesi mengadap tersebut, perbincangan menumpukan kepada hala tuju pembangunan belia khususnya di negeri Pahang.
Antaranya ialah usaha memperkasakan kepimpinan belia, peluang ekonomi, keusahawanan dan peranan belia dalam pembangunan komuniti serta negara. – KESULTANAN PAHANG





