Wednesday, June 19
Selamat Datang ke Portal Rasmi Istana Pahang

SULTAN PAHANG I

1882-1914

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Bendahara Ali

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah ialah anakanda kepada Bendahara Ali dengan Che Long, juga dikenali sebagai Che Lingga. Bendahara Ali adalah pemerintah Negeri Pahang bagi tahun 1806 hingga 1857.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah telah diputerakan pada 23 Mei 1836 bersamaan 5 Muharram 1252 H, di istana ayahandanya di Pulau Maulana, Pekan. Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah merupakan putera yang kelima dari sebelas saudara. Baginda telah diisytiharkan menjadi Sultan pada 16 Ogos 1882.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah telah mangkat pada 9 Mei 1914, setelah memerintah selama lebih kurang lima puluh tahun penuh daulat di atas takhta singgahsana kerajaan Negeri Pahang. Baginda mangkat dengan meninggalkan beberapa orang isteri, putera dan puteri, dan telah dimakamkan di Makam Diraja di Kampung Marhum, Kuala Pahang pada 11 Mei 1914.

Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh PEJABAT KDPB SULTAN PAHANG. Perisian, semua halaman, imej, teks, multimedia dan kandungan lain dalam laman web ini adalah hak milik PEJABAT KDPB SULTAN PAHANG, melainkan jika dinyatakan dengan jelas.

Hakcipta Terpelihara © 2023 Pejabat KDPB Sultan Pahang. Paparan terbaik dalam Google Chrome, Mozilla Firefox. Resolusi 1024 x 768

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

#MajuTerusPahang

Jumlah Pengunjung/Hit Counter

013124
Views Today : 290
Views Yesterday : 263
Views Last 30 days : 9026
Tarikh Kemaskini / Last Update :
01 Jan 2024