PEKAN 5 Sept. 2025 – Pengunjung di Bengkel Masakan Temasya Warisan Pahang bertuah apabila Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berkongsi lima resepi istimewa dengan membuat demonstrasi masakan hari ini.
Menu yang menjadi pilihan Paduka Baginda ialah ikan singgang serani, nangka masak lemak, pedal petai, ayam golek dan begedil tempe.

Rata-rata pengunjung teruja apabila bukan sahaja dapat menyaksikan Paduka Baginda memasak dan berkongsi tips masakan malah berpeluang mencuba masakan tersebut. – KESULTANAN PAHANG