USIA BUKAN HALANGAN…Baharu sahaja menyambut Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-66, namun bukan kekangan kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah gagah memimpin pasukan Paduka Baginda untuk menjulang Piala Tengku Ampuan pada perlawanan akhir Kejohanan Polo Royal Pahang Classic 2025 yang berlangsung di Royal Pahang Polo Club, Pekan, Pahang pada 2 Ogos 2025.

Hebat mengasak lawan, Paduka Baginda membuktikan bahawa kecintaan dan minat yang mendalam terhadap sukan Polo terus membara dengan aksi yang dipamerkan sepanjang perlawanan.

Pasukan Baginda, Royal Pahang Citaglobal berjaya menewaskan pasukan Las Chicas yang turut diwakili YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. -KESULTANAN PAHANG