HARI YANG CUKUP BERTUAH BUAT KITA…
Demikian titah KDPB Sultan Pahang apabila skuad polo negara berjaya merangkul pingat emas acara polo ekuestrian kategori 4–6 gol menewaskan tuan rumah Thailand 10–6.5 pada aksi final di VS Sports Club & Siam Polo Park, Samut Prakan, Bangkok pada 19 Disember 2025.
Kejayaan skuad polo yang turut dibarisi YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ini berjaya menyumbang pungutaan emas ke-56 Malaysia yang kini berada di tempat keempat keseluruhan kejohanan.
Kejayaan hari ini mengulangi sejarah yang dicatat pada Sukan SEA edisi 2019 di mana Malaysia turut berjaya meraih pingat emas dalam acara sama di Filipina.
Lebih bermakna, kejayaan tersebut turut disaksikan KDPB Sultan Pahang dan KDPB Tengku Ampuan Pahang yang berada di Bangkok sejak Selasa lalu untuk memberi semangat kepada YAM Tengku Arif Bendahara dan kontijen negara. -KESULTANAN PAHANG







