Demikian titah KDPB Sultan Pahang selepas mempengerusikan Majlis Taklimat Pengurusan Bil 2/2025 Majlis Kesultanan Pahang di Pekan, Pahang pada 25 November 2025.
Paduka Baginda turut menitipkan titah agar semua para pegawai lebih proaktif dalam membantu rakyat dan menyalurkan segera maklumat berkaitan kepada baginda atau kerajaan negeri.
“Berkenaan dengan musim banjir yang dijangka berlaku kali ini saya harap semua pegawai dalam keadaan siap sedia untuk menghulurkan pertolongan,” titah baginda. – KESULTANAN PAHANG











