KUALA LUMPUR, 14 Disember 2025 — Keberangkatan KDPB Tengku Ampuan Pahang ke Majlis Penutup Pertandingan dan Pameran Kucing Antarabangsa 2025 (NCSE2025) anjuran Kelab Abu Hurairah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Gombak di sini mencuit perhatian pengunjung.
Paduka Baginda yang merupakan Ketua Perlembagaan UIAM diiringi YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba pada pukul 2.50 petang.
Pengunjung kelihatan teruja melihat Paduka Baginda memeluk dan mencium kucing-kucing yang menyertai pertandingan tersebut.
Pada majlis tersebut, Paduka Baginda berkenan menyempurnakan sesi pengurniaan hadiah kepada pemenang memgikut beberapa kategori yang dipertandingkan
Paduka Baginda berkesempatan melawat pelbagai ruang pameran termasuk pertandingan dan peragaan fesyen kucing, pameran haiwan eksotik serta pameran aktiviti kebajikan yang dilaksanakan oleh Kelab Abu Hurairah UIAM.- KESULTANAN PAHAN






