TAHUN lalu beberapa media arus perdana melaporkan udara di Cameron Highlands bukan lagi seperti dahulu yang sejuk dan nyaman malah semakin hangat sekali gus membuktikan perubahan iklim berlaku di segenap kawasan negara termasuk kawasan peranginan tanah tinggi itu.
Diperkukuhkan lagi dengan data meteorologi yang menunjukkan dari 1969 hingga 2024 suhu kawasan pelancongan itu menunjukkan trend peningkatan terutamanya dalam tempoh 10 tahun berakhir dengan purata suhu harian mencecah 18.91 darjah Celsius.
Namun, melewati penghujung 2025 suhu di Cameron Highlands dilihat semakin menurun rentetan beberapa langkah drastik yang dilaksanakan berikutan titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang mahu pihak berwajib berusaha untuk mengekalkan kelestarian kawasan tanah tinggi itu seperti sedia kala.
Keberangkatan Paduka Baginda menerusi lawatan kerja terbukti suhu di Cameron Highlands semakin sejuk dengan pagi ini (5 Januari 2026) mencatatkan suhu 15 darjah Celcius.
Paduka Baginda bertitah agar semua pihak berkepentingan terus bersama-sama menjaga alam sekitar anugerah Allah SWT ini dengan baik dan membanteras aktiviti pencerobohan tanah.- KESULTANAN PAHANG







