Sejak enam hari lalu, acara ini telah menerima puluhan ribu pengunjung yang menikmati keunikan warisan budaya negeri.
Sertai kami hari ini untuk peluang terakhir mencipta kenangan terindah!!
Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menyertai bengkel kraf seramik, anyaman, batik dan pelbagai lagi serta menyaksikan persembahan terakhir dari kumpulan muzik tradisional Orang Asli iaitu Usari Pinang Dara dari suku kaum Jakun dan tarian Sewang dari suku kaum Semai.
Jangan lupa juga untuk menyaksikan bakat pelukis-pelukis menghasilkan lukisan secara langsung dan juga melawat pameran yang sedia ada.
Jumpa anda di Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah, Pulau Keladi, Pekan! Dari 9 pagi hingga 2 petang.