BUAT julung kalinya Yayasan Tenun Pahang Diraja yang dinaungi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menganjurkan Temasya Warisan Pahang 2025.
Temasya bertaraf antarabangsa ini meliputi pelbagai aktiviti seperti bengkel kraf, demonstrasi dan interaktif kraf, pameran kraf, demonstrasi makanan warisan, tarian warisan serta pertandingan Piala Tunku Azizah -Pertandingan Tenun Pahang Diraja.
Temasya dijadualkan berlangsung pada 1 hingga 7 September 2025 di Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah, Pulau Keladi, Pekan, Pahang.
Majlis Perasmian Temasya Warisan Pahang pada 31 Ogos 2025 bertempat di Muzium Maritim, Pulau Beram, Pekan, Pahang, akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang pada pukul 8.30 malam.
Pada majlis berkenaan turut diadakan sekali gus Majlis Pelancaran Yayasan Warisan Tunku Azizah dan Majlis Penyampaian Hadiah Piala Tunku Azizah – Pertandingan TenunPahang Diraja.
Majlis pada malam tersebut diserikan dengan keberangkatanKebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, TunkuAzizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Sultan Iskandar Al-Haj; Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Sultanah Nurzahirah; Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku MahkotaPahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Turut hadir ialah Yang Amat Berhormat Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
Pada malam tersebut turut diadakan Pameran Lukisan Jiwa oleh penyanyi tersohor negara iaitu Datuk M.Nasir.
Temasya Warisan Pahang 2025 menampilkan bengkel-bengkelkraf dan masakan warisan yang bukan sahaja dari Pahang tetapidari seluruh negara termasuk Sarawak.
Selain itu, penyertaan Turkiye dan beberapa negara ASEAN seperti Laos, Singapura dan Indonesia juga amat membanggakansebagai tanda sokongan terhadap Yayasan Tenun Pahang Dirajadalam memartabatkan seni kraf warisan negara di persada dunia.
Antara bengkel kraf yang akan diadakan selama tujuh hari ituialah batik blok, batik lukis, batik clay, batik linut, batik eco-print, batik ikat dan celup, ukiran kayu, seni jahitan kreatif, anyaman mengkuang, anyaman rotan, seni telepuk, gerus, kelingkam, seramik, Lao PDR -benang sutera -silk reeling, sulaman, pewarnaan alam (natural dye), serat nanas dan sertakenaf.
Malah, turut dianjurkan juga pertandingan masakan dalamkalangan pelajar sekolah dan menariknya Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang akan mengadakan demonstrasimasakan.
Selain Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang memasak, demonstrasi masakan tradisional Pahang turutdijadualkan berlangsung termasuk makanan citarasa bangsawan.
Temasya Warisan Pahang turut menampilkan Pameran WarisanGastronomi dan Kulinari Pantai Timur, Pameran Tiffin (mangkuk tingkat) dan pameran lukisan.
Seni kraf Orang Kita turut diketengahkan antaranya ialah ukiranpatung suku kaum Jahut, anyaman selempang suku kaumSemelai dan anyaman tikar serta pembuatan bakul rotan.
Tidak lengkap dengan itu, Temasya Warisan Pahang mempersembahkan Dikir Pahang, Gendang Silat Pahang, muziktradisional Usari Pinang Dara dan persembahan budaya Sarawak.
Selain itu, terdapat juga reruai maklumat daripada pihak perbankan. Ruang vendor makanan dan minuman turut disediakan bagi memberi pilihan kepada orang ramai menikmati hidangan yang dijual.
Majlis Penutup Temasya Warisan Pahang 2025 pula akan diadakan pada 7 September 2025 di Muzium Seni Kontemporari Pahang, Kuantan pada pukul 8.00 malam.
Penganjuran Temasya Warisan Pahang turut mendapat sokongan Muzium Pahang dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Sebarang pertanyaan berhubung Temasya Warisan Pahang boleh dihubungi menerusi emel [email protected].






