Saturday, July 27
Selamat Datang ke Portal Rasmi Istana Pahang

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,

DK., SSAP., SIMP.

******* MAKLUMAT LAIN DIPERLUKAN ****

 

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, telah diputerikan pada Hari Jumaat, 5 Ogos 1960 Masihi, bersamaan dengan 11 Safar 1380 Hijrah, di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor.

Baginda merupakan Puteri yang ketiga kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor.

Pendidikan awal Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bermula di Sekolah Taman Kanak-kanak Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru. Baginda seterusnya bersekolah di Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru, dan meneruskan pendidikannya ke peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkahwin dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada bulan Mac 1986. Baginda telah dikurniakan dengan 4 orang putera dan dua orang puteri:-

Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh PEJABAT KDPB SULTAN PAHANG. Perisian, semua halaman, imej, teks, multimedia dan kandungan lain dalam laman web ini adalah hak milik PEJABAT KDPB SULTAN PAHANG, melainkan jika dinyatakan dengan jelas.

Hakcipta Terpelihara © 2024 Pejabat KDPB Sultan Pahang. Paparan terbaik dalam Google Chrome, Mozilla Firefox. Resolusi 1024 x 768

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

#MajuTerusPahang

Jumlah Pengunjung/Hit Counter

120751

Views Today : 240
Views Yesterday : 656

Tarikh Kemaskini / Last Update :
14 July 2024