Dengan penuh rasa takzim dan junjung kasih, patik sekalian pacal-pacal warga Majlis Kesultanan Pahang merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi tahniah ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-66 pada tahun ini.
Sesungguhnya, patik sekalian amat menjunjung kasih atas kepimpinan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan yang adil, berwibawa, serta sentiasa menzahirkan kasih dan keprihatinan kepada segenap lapisan rakyat jelata di negeri Pahang Darul Makmur dan tanah air yang tercinta ini.
Patik dan seluruh rakyat memohon ke hadrat Allah SWT agar Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan dikurniakan keberkatan usia, sihat walafiat, sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya, serta dianugerahkan taufik dan hidayah dalam meneruskan tampuk pemerintahan yang penuh kebijaksanaan dan kebajikan.
Semoga Allah SWT terus memelihara dan merahmati pemerintahan Paduka Baginda Sultan agar Negeri Pahang kekal aman, makmur dan sejahtera di bawah naungan payung pemerintahan diraja.
DIRGAHAYU TUANKU.
DAULAT TUANKU. DAULAT TUANKU. DAULAT TUANKU.
-KESULTANAN PAHANG







