KUANTAN, 11 September 2025 – Dengan penuh rasa hormat dan takzim, kami warga Majlis Kesultanan Pahang (MKP) mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan kepada Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari ini 11 September 2025 bersamaan 18 Rabiulawal 1447.
Patik sekalian mendoakan semoga Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan dikurniakan umur yang panjang, kesihatan dan keafiatan serta sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT. – KESULTANAN PAHANG.