Dengan penuh rasa hormat dan takzim, kami warga Majlis Kesultanan Pahang (MKP) mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan kepada Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 3 Ogos 2025 bersamaan 9 Safar 1447H.
Patik sekalian mendoakan semoga Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan inayah Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang sempurna, dipanjangkan usia, diluaskan rezeki, berbahagia selalu serta sentiasa dalam perlindungan dan kasih sayang Allah SWT. – KESULTANAN PAHANG.