KUANTAN, 6 Mac 2026 – Patik sekalian warga Majlis Kesultanan Pahang dengan penuh takzim merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena ulang tahun perkahwinan ke-40 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
Sesungguhnya, perjalanan bahtera perkahwinan Paduka Baginda berdua yang telah dilayari selama empat dekad merupakan lambang kasih sayang, kesetiaan serta keutuhan institusi kekeluargaan diraja yang sentiasa menjadi contoh teladan kepada seluruh rakyat negeri Pahang Darul Makmur.
Patik sekalian sentiasa mendoakan ke hadrat Allah SWT agar Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku berdua sentiasa dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, kebahagiaan yang berkekalan serta berada dalam limpah rahmat dan perlindungan-Nya.
Semoga ikatan perkahwinan yang penuh dengan kasih sayang ini terus diberkati, dipelihara dan menjadi inspirasi kepada generasi kini dan akan datang dalam meneladani nilai kasih sayang, kesetiaan dan pengorbanan dalam sebuah institusi keluarga.
Daulat Tuanku.






