KUANTAN, 28 Disember 2025 – Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Golf Diraja Pahang bagi tahun 2025, hari ini.
YAM Tengku Arif Bendahara selaku Timbalan Presiden 2 Kelab Golf Diraja Pahang turut mempengerusikan mesyuarat yang diadakan bagi membincangkan hal ehwal dan hala tuju kelab bersama ahli-ahli.
Turut hadir ialah Naib Presiden 1, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Nazri Abu Bakar dan Naib Presiden 2, YB Dato’ Sri Haji Shafik Fauzan Sharif. -KESULTANAN PAHANG





