KUANTAN, 22 Ogos 2025 – Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menyaksikan Majlis Serahan Zakat Badan Korporat Negeri Pahang, di sini hari ini.
Kehadiran YAM Tengku Panglima Raja adalah selaku wakil rasmi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Majlis pada kali ini melibatkan penyertaan 15 badan korporat dengan jumlah serahan zakat melebihi RM20 juta.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, (MUIP), YH Dato’ Haji Ahmad Hairi bin Hussain serta Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Haji Mohd Azmi bin Haji Othman. -KESULTANAN PAHANG





