KUALA LUMPUR 8 Oktober 2025 – YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hadir ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Kali Ke-270 di Istana Negara di sini hari ini.
YAM Tengku Panglima Raja merupakan wakil rasmi paduka ayahanda iaitu Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. – KESULTANAN PAHANG