KUANTAN 19 Disember 2025- YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyantuni mangsa banjir di tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar daerah di sini semalam.
YAM Tengku Panglima Raja yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) diiringi isteri, Yang Hormat Mulia Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohamed Moiz turut menitipkan nasihat buat mereka yang dilanda musibah di samping menyampaikan kurniaan.
Bermula pada pukul 9 pagi, tiga PPS yang dilawati iaitu Dewan Sukpa, Dewan Wisma Belia dan Dewan Dato’ Sri Abdul Manan.
YAM Tengku Panglima Raja dan YHM Che Puan Panglima turut mengagihkan pek sarapan pagi yang disediakan oleh pegawai dan kakitangan Istana Abdulaziz, Kuantan. – KESULTANAN PAHANG






