ABU DHABI, 8 Oktober 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama-sama Jawatankuasa The International Union for Conservation of Nature (IUCN) mengadap Yang Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Qasr Al Bahr, Abu Dhabi, semalam.
Dalam pertemuan lebih kurang satu jam itu, Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku dan delegasi IUCN telah bertukar-tukar pandangan dan idea berkenaan usaha bagi meningkatkan kelestarian alam sekitar.
Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku kini dalam rangka lawatan kerja ke Abu Dhabi sehingga 15 Oktober 2025. Paduka Baginda akan menyertai IUCN World Conservation Congress 2025 serta turut dijadualkan mengadap Putera Mahkota Abu Dhabi. -KESULTANAN PAHANG