KUANTAN, 1 Mei 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah, Tok Sira di sini hari ini.
Turut berangkat sama, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah;
YAM Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,
dan YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Solat Jumaat dipimpin oleh Al Fadhil, Imam Ahmad Naim Bin Tajuddin manakala khutbah oleh Al Fadhil Imam Mohd Faridz Mohamad Suhaile.
Paduka Baginda turut berkenan menyantuni dan menyampaikan kurniaan kepada pengerusi masjid dan kanak-kanak seusai solat Jumaat. – KESULTANAN PAHANG








