PEKAN, 15 Jun 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan Majlis Penyerahan Rumah Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) kepada dua penerima di Kampung Salong di sini hari ini.
Penerima berkenaan ialah Mohd Najib bin Mohd Salim dan Puan Rokiah binti Harun.
Paduka Baginda turut mengambil kesempatan menyantuni para penduduk dan peniaga di sekitar kampung berkenaan sebelum berangkat pulang.- KESULTANAN PAHANG







