KUANTAN 16 Jun 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Kesyukuran dan Penjenamaan Semula Syarikat Touch Me Travel & Tour Sdn Bhd di Indera Mahkota 8 di sini hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 11.00 pagi itu disambut oleh Ahli-Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi syarikat.
Dengan identiti korporat baharu, Touch Me Travel & Tour dijenamakan semula pada tahun ini sebagai Taj Mabrur.
Mabrur adalah refleksi komitmen syarikat terhadap keikhlasan ibadah iaitu dengan menawarkan pakej umrah.
Taj Mabrur bukan sekadar agensi pelancongan komersial tetapi kini memfokuskan kepada pusat pengembangan ilmu, umrah dan komuniti. – KESULTANAN PAHANG







