KUANTAN, 1 Ogos 2026 – Seramai 52 individu dikurniakan darjah kebesaran dan pingat pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang di Istana Abdulaziz, hari ini,
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang ke Balai Mahkota pada pukul 10.30 pagi diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang.
Pada istiadat berkenaan, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Setia Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (SAAS) yang membawa gelaran Dato’ Sri Setia kepada Ketua Hakim Negara, YAA Tun Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh.
Mendahului senarai 16 penerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri ialah Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi; Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia, YB Dato’ Sri Mohd Shahar bin Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff; Ahli Parlimen Cameron Highlands merangkap Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, YB Dato’ Sri Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor; Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Dato’ Sri Mohd Fadzli bin Mohd Kenali dan Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim.
Turut menerima darjah kebesaran dan gelaran sama ialah Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Azhan bin Hj Md Othman; Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Nur Hafis bin Abdul Karim; Panglima Pendidikan & Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Sri Muhammad Tarminzi bin Haji Mustapha; Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Dato’ Sri Hj. Amran bin Hj. Ahmad dan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Emeritus Dato’ Sri Dr. Osman bin Bakar.
Darjah kebesaran dan gelaran sama turut dianugerahkan kepada Canselor Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), Dato’ Mohamed Nizam bin Abdul Razak; Presiden VXL Holdings Sdn Bhd, Dato’ Sri Lim Chee Wah; Pengarah Urusan Ar Eastern Sdn Bhd, Dato’ Sri Ir. Mathialagan Chellapan; Ketua Pegawai Eksekutif SMM Education Group, Dato’ Sri Dr Lim Teck Ting serta penyanyi Dato’ Shaheila binti Abdul Majid.
Pada majlis sama, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) Yang Membawa Gelaran Dato’ Indera kepada dua individu Pengerusi Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA), Dato’ Indera Haji Zamri bin Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Dato’ Indera Abu Bakar bin Yusof.
Pada istiadat berkenaan, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) Yang Membawa Gelaran Dato’ kepada lapan orang individu iaitu Ketua Hakim Syarie Pahang, YAA Dato’ Haji Abdul Walid bin Haji Abu Hassan; Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Dato’ Azman bin Rabani; Timbalan Inspektor Jeneral Markas Tentera Laut, Laksamana Muda Dato’ Rosli bin Abd Ghani dan Pengarah Eksekutif KH Road Maintenance Sdn Bhd, Dato’ Haji Suhaimi bin Jusoh @ Sulong.
Turut dianugerahkan darjah kebesaran sama ialah Pengarah Urusan Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif EPOMS Group Sdn Bhd, Dato’ TS Zulkarnain bin Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ProsperCap Corporation Limited, Dato’ Iqbal Jumabhoy; Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd, Dato’ Hajah Faiza Bawumi bin Sayed Ahmad serta Timbalan Pengerusi Eksekutif Sumisaujana Group Berhad, Dato’ Toh Chee Seng.
Dalam pada itu,18 individu dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ ialah Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Fadzli bin Mohamad Kamal; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sektor Baitulmal dan Operasi Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Kol. Bersekutu (PA) Dato’ Dr. Haji Asmadi bin Abdul Rahman; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sektor Pengurusan Dan Dasar Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Dato’ Khairuddin bin Ismail; Pengarah Pendidikan Pahang, Dato’ Haji Ahmad Zamri bin Md Isa serta Penolong Pengurus Istana Majlis Kesultanan Pahang, Dato’ Haji Kamaruzaman bin Md Nor.
Turut tersenarai ialah Timbalan Pengarah Narkotik, Dato’ SAC Zairulnizam bin Mohd Zainuddin @ Hilmi; Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Dato Haji Nordin bin Pauzi; Pengasas Utu, Dato’ Asad Jumabhoy; Pengasas Soma Health Kuala Lumpur, Dato’ Nutthakitt Kittichaiwong; Ahli Silat Negara, Dato’ Mohd Al-Jufferi bin Jamari; Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad Negeri Pahang, Dato’ Affendi bin Abd Rahman; Atlet Equestrian/Pengarah Urusan 3Q Equestrian, Dato’ Mohd Qabil Ambak bin Tan Sri Mahamad Fathil dan Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat N.U.R Power Sdn Bhd, Dato’ Ikwan Hafiz bin Jamaludin.
Darjah Kebesaran sama turut diterima Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kuantan, Dato’ Hasnita Binti Mohd Hanapiah; Pegawai Kanan TLDM Bersara, Laksamana Pertama Dato’ Ts. Dr. Tay Yap Leong (B); Pengarah Eksekutif Ikhasas Global Sdn Bhd, Dato’ Fung Heen Choon; Pengerusi Masjid Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Taman Temerloh Jaya, Dato’ Dr Abdullah bin Ismail dan pesara guru, Dato’ Haji Mohamad Zaki bin Zainuddin.
Sementara itu, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dengan limpah perkenan dan sukacitanya turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Ketiga Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada Tok Muda Penolong Pesuruhjaya Bomba, Wan Ahmad Fadilah bin Dato’ Wan Abdul Rahman dan Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Muhamad Azmi bin Ismail.
Sementara itu Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Ketiga Setia Mahkota Pahang (SMP) kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Mohamad Zamri bin Mohamad Zaber.
Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Keempat Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) dikurniakan kepada dua penerima iaitu Encik Mohd Ali bin Mat Dasir serta Encik Mohd Rozaini bin Jumali.
Kebawah Duli Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Keempat Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada Penguasa Kanan Bomba II Mohd Sobree bin Mohamed Salleh dan Presiden Persatuan Pekebun India Cameron Highlands, Encik Mathan a/l Subramaniam. -KESULTANAN PAHANG






