KEDAH, 14 Ogos 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke Alor Setar, Kedah semalam.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Paduka Baginda di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar disambut Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang; Tunku Bendahara Kedah, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah serta Orang-Orang Besar Negeri Kedah.
Keberangkatan Paduka Baginda adalah bersempena dengan Istiadat Perbarisan Pengurniaan Sayap Penerbangan kepada Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang dan para peserta Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67(A)26, Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 67/25, Kursus Asas Penerbangan Siri 87/25 dan Kursus Asas Jurusensor Senjata-Pejuang Siri 01/25 yang akan berlangsung pada 15 Ogos 2026 di Kolej Tentera Udara, Alor Setar. – KESULTANAN PAHANG







