KAJANG, 16 Ogos 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke Kejohanan Golf Fillah Tuanku Canselor UMPSA 2026 yang berlangsung di Sungai Long Golf & Country Club, hari ini.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Paduka Baginda pada jam 7.15 pagi disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UMPSA, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar serta Naib Canselor UMPSA, Prof. Ts. Dr. Yatimah Alias.
Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Yang Dihormat Orang Kaya Indera Shahbandar, Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib serta Pro Canselor UMPSA, Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Abi Musa Asaari bin Mohamed Nor.
Memulai acara kejohanan, Kebawah Duli Paduka Baginda berkenan menyempurnakan gimik perasmian sebelum acara golf bermula secara shotgun pada jam 7.50 pagi.
Usai kejohanan, Kebawah Duli Paduka Baginda berkenan berangkat ke Grand Ballroom bagi menghadiri Majlis Jamian Diraja bersama para jemputan dan peserta kejohanan.
Kebawah Duli Paduka Baginda turut berkenan menyaksikan persembahan montaj, sumbangan cek cura oleh pihak industri kepada Kebawah Duli Paduka Baginda selaku Canselor UMPSA.
Paduka Baginda kemudiannya berkenan menyempurnakan gimik pelancaran Logo Sambutan Jubli Perak UMPSA serta mengurniakan hadiah kepada para pemenang kejohanan dan menyempurnakan cabutan bertuah.
Kejohanan julung kali dianjurkan oleh UMPSA dan Yayasan UMPSA ini turut diadakan bersempena Sambutan Jubli Perak UMPSA yang bakal diraikan pada 16 Februari 2027, selain menjadi platform menghimpunkan semula alumni serta membuka ruang kepada mereka untuk kembali menyumbang kepada universiti.
Melalui penganjuran tersebut, UMPSA dan Yayasan UMPSA berjaya mengumpulkan dana Endowmen Tuanku Canselor bernilai lebih RM7.8 juta hasil sumbangan strategik pihak industri, komuniti dan alumni.
Dana berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh sumber pembiayaan mampan universiti bagi menyokong aktiviti pendidikan, penyelidikan, inovasi, pembangunan bakat, kebajikan mahasiswa serta penyediaan k






